Thursday, December 30, 2010

Yeay, Esok Cuti

Alhamdulillah esok adalah cuti umum kerana Malaysia menang Piala Suzuki, yezze, I like. Tapi En.Hubby tu tetap kena kerja, huhu~. Kena pergi Taiping pulak tu menguruskan tournament golf. Takpelah, sekurang-kurangnya boleh la Mak Buyung ni pulang ke kampung halaman … hehe~ dokat je kat Kajang.


Dahle baru tau esok cuti pagi ni sebab malam tadi balik Kajang tengok bola, pehtu terus balik KL balik dan tak tengok berita. Sekali dapat sms pagi ni dari officemate cakap suh confirm betol ke esok cuti. Mesti dia ni pun tak tengok berita malam tadi kan.

Pagi tadi hantar Rayyan ke nursery Tanya Cikgu dia sebab semestinya cikgu dia tau kan kalau cuti. Sah, confirm esok cuti. Lalalalalala…..

Tahniah kepada pasukan bola Malaysia sebab Berjaya menang …hehehe.. :)

Wednesday, December 29, 2010

Makan Sedap Lagi

Salam u olls….


Oleh kerana tak lama lagi nak bersalin dah kan, InsyaAllah… Maka sejak akhir-akhir ini selalu sangatlah teringin nak makan sedap kan. Malam tadi telah la pergi ke La Bodega di Pavillion. :)


Pergi dengan my officemate Nadiya, Helmi, Zarina dan juga membawa En. Hubby dan si anak bujang nan sorang ku itu. Thanks u olls sebab melayan tekak Mak Buyung ni walaupun u olls tengah berdiet. For your info, my officemate tu semua sedang berdiet on Herbalife. Tapi kerana melayan kan diriku ini maka ke laut kejap diet mereka malam tadi.


Tapi menu kat situ mak aihhh… terbelit lidah nak menyebut. Nasib baik ada Nadiya yang sudah biasa hangout kat ctu. Kalau tak memang la tak tau nak makan apa. I ordered lamb rib kot…and En.Hubby ordered Burger while Rayyan ate the pasta(Auntie Nadiya belanja, thanx). Actually I didn’t order the pasta for Rayyan. Konon2 nak kasi dia share my food jer sbb normally dia makan ckit je malam2. Tapi sebab kami dah Tanya macam-macam pasal pasta tu and the waitress assume we ordered it, so it was sent to our table. Memula ingatkan pasta tu Helmi punya, dan Helmi dah makan pun sikit. Tetiba ada lagi satu pasta dihantar. Confuse sudah. Then the waitress tu datang dan kami Tanya lah ni pasta apa and it turns out yang pasta sudah dimakan tu for Rayyan. Patutlah masa Helmi makan pasta tu Rayyan duk jeling je Helmi. Lepas tu suruh dia makan pasta tu muka semacam je. Lama sikit baru dia makan. Banyak pulak dia makan. Terkejut mama dia ni ha sebab selalunya susah betul nak suruh makan malam. Tengoklah gambar ni, berselera betul dia makan. :)


Nyum3... Sedapnye
I letak gambar food that En.Hubby dan I order sahaja.Yang lain-lain u olls boleh tengok dekat blog Helmi ok. :)

 Ini pulak gambar dalam kereta on da way to Pavillion. Kembang semangkuk dah Mak Buyung ni ha. Bila la nak bersalin ni agak2? huhu~
Tengokla muka Rayyan tu. Suka nau buat muka bila ambik gambar.


Tuesday, December 28, 2010

SEMBAB

Huwaaaaaa......
Muka sudah sembab, badan pun sudah water retention.. Kembang semacam aje...huhu~..
Orang kata dah tak lama dah kan?? Adakah benar??

Makan Sodap

Semalam adalah sangat teringin nak makan sodap. Oleh itu masa balik dari kerja cakap lah kat En. Hubby nk makan sodap…seperti Secret Recipe dan seangkatan. Maka ke WangsaWalk Mall lah kami bertiga +1..hehehe. Dah sampai2 macam teringin nak makan Nandos lah pulak tapi tak ada Nandos dekat Wangsa Walk. Tengok-tengok apa yang menarik last-last ke Popeye. Amik la yang Christmas punya value meal . Adalah 2 ketul ayam, 2 ketul fish fillet dan 8 ketul udang cute2 dan juga 2 ketul biskut bersama jem dia. Sedap jugak biskut dia. En. Hubby siap nak tambah biskut tu tapi saya adalah cakap.. ‘ Tak Payah laaaa, jap lagi kita makan brownies with ice cream kat Secret Recipe’. Hahahaha….Nak jugak makan kan.


Lepas tu kami pun menuju lah ke Secret Recipe, hahahahaha. Saya mmg order Brownies with Ice Cream manakalah En. Hubby order 1 slice kek Pecan with Butterscotch dan air Cappucino. Hambik ko, last2 dia makan sampai kenyang sangat. Sebbaik Mak Buyung ni minum air masak je, takde la kenyang nau..hahahaha..

Rayyan pun dah start meragam,huhu…. Terpaksalah En.Hubby g pujuk dia kejap dengan membeli lollipop . Sekarang ni Rayyan sume nak Papa dia je buat. Dia memahami kot mama dia ni dah tak larat dah…hahahaha. Yela, Sekarang ni dah 9bulan tau…huhu~ . Kejap je masa berlalu, tak lama dah nak bersalin kan. Takut gak rasa di hati kerna anak 1st dulu emergency operate.

Oklah..Kita Layan kan gambar2 ini yer. :)






Monday, December 27, 2010

Long Weekends....

Morning u ollss....

Today is Monday already...How I wish it would be a longgg holiday....huhu~
So not in da mood to work nowadays. Is it because of my pregnancy? Well, you can say most probably it is.hahaha...
Took an Annual Leave last Friday because it is suppose to be a 'Family day' at Rayyan's Nursery but they postponed it. So, just continue with the leave la kan.. hehehe :)
Hubby and I went to KLCC to eat CHILIS...hahahaha(Rayyan anta nursery gaks...hik3)...before my confinement time better Makan puas puas walaupun berat badan ku ini mencanak2 naik kan. But what to do, even i took simple meal also i still gain lots of weights especially during this final trimester.
Today u arrived early in da office...around 7.50am...hahaha, finally i managed to come early. This is also just because my hubby working hour starts at 8am, so he has to send me early to the LRT station. And yup, i still took the LRT...gagah tau Mak Buyung ni..hahahaha
Ha..so we bought some cloths for this coming baby(I hope it will be very soon) at MotherCare. Quite cheap la than the usual price, ada sale 30%. Kalau usual price tu nak beli kena fikir 10 kali. Itu anak 1st, anak 2nd maybe kena fikir 20kali kot...:)
The 'Family Day' at Rayyan's nursery is postponed to 29th Jan 2011. So sad coz most probably I cannot attend it. Mesti masa tu dah dalam confinement kan. :(
Kali ni berazam nak pantang betul2, nak kuruskan badan yang bagai di pam2 ini.
Wish me luck u olls.

Thursday, December 23, 2010

@36 Weeks ....

Salam Semua...

Semalam pergi checkup, pagi pergi dekat Klinik Kesihatan je sebab plan kali ni nak bersalin dekat HAT Tungku Mizan. Sebab takut kena C-Sect lagi wooo mcm anak 1st dulu. Botak kejap dulu sbb beranak dekat swasta. Tapi itu semua tak dijangka dan Alhamdulillah semua selamat walaupun Emergency C-Sect masa tu. So, masa cek dekat KK tu nurse tu cek2 la perot I yang memboyot ni kan, katanye kepala baby ada kat bawah. Lega la terasa di hati.
Akan tetapi sebab perasaan tak puas hati sebab tak di scan maka petang tu pun pergilah ke Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. Jumpa gynae terus, blh scan dan tgk kedudukan baby semua in detail.
Tapi alamak..... adalah terkejut sbb scan je tgk2 kepala baby kat atas. Huwaaa, terus emosi tak stabil. Doktor cakap kite tengok nanti bila 38 minggu macam mana ek. Kalau kepala baby sudah pusing Alhamdulillah laaa. Tapi kalau by 38 Minggu adalah tetap songsang maka.. huhu~, korang tau lah kan. Confirm tak boleh normal.Teringin sangat nak beranak normal kali ni.. Korang doa2 kan la saya yerkkk... :)

Saya blogwalking dan terbaca la pasal amalan baca doa selusuh. Memang kena amalkan ke? Saya ni kurang lah pengetahuan berkenaan hal2 sebegitu. Sila kasi info yerrr...

Rayyan 2nd Birthday..

Alooooo....

W'pun Birthday Rayyan yang ke-2 sudah lama berlalu iaitu pada 1st Nov yang lepas tapi mama dia ni baru lah terhegeh2 nak buat entry..
Sebenarnya kali ni buat kat Nursery dia sahaja kerana Birthday Rayyan jatuh pada hari Isnin dan papa dia pun tak ada masa ni sebab berkursus di Johor.
Mama dia ni pun hebohla tempah kek dekat Delicious Cuppies kan. Siap suruh buat hiasan corak Superman.. hahahaha. Mama dia yang heboh walhal Rayyan ni tak kisah pun.

Hari tu mama dia amk cuti separuh hari sebab nak menghantar kek dengan sedikit kuih muih ke nursery dan nak menyibuk amik gambar kan.
Dalam pukul 10.30pagi baru hantar kek dan kuih muih tu dekat nursery. Sampai2 je cikgu dia cakap Rayyan dah tak tentu arah dah. hehehe...

Mari kita layankan gambar2 ini yer...
Rayyan sangat lah Happy masa ni sebab semua org nyanyi Happy Birthday dekat dia kan.
Dah besar dah anak Mama, tak lama lagi nak dapat adik dah.. :)





Wednesday, December 22, 2010

Setelah Sekian Lama Menyepi

Yuhuuu.... Salam u ollsss..

Akhirnya masa untuk membersihkan sawang di blog ku ini. hahaha...
Sangatlah lama tak update blog. Tak tau kenapa tak ada mood sangat nak berblog. Mungkin kerana sibuk jaga anak nan sorang ketika suami pergi berkursus dan juga kerana kemabukan melanda waktu itu. Sekarang alhamdulillah hanya menunggu masa sahaja. Tapi berat yang naik, MasyaAllah tak terkata..hik3..
Kepada kawan-kawan yang mengenali diriku ini, doakan saya dapat bersalin secara normal yer.Mintak maaf la atas salah silap. Kalau ada terhutang ke, halalkan la ek..
hik3..
Ok, nanti i update lagi blog ni yer. :)

Thursday, May 20, 2010

~~ mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest ~~


Salam Semua, Hari ini kite cuba masuk Contest ni pulak yer Rayyan... Tak Menang takpe, cuba je...
hehehehe
by mamaeja.blogspot.com

Suka blog mamaeja ni sbb  mcm2 info ada...:)




Dan inilah gambar yang di perteruhkan
..
.....
...........
....................
...............................
........................................
.................................................
......................................................................
............................................................................................................
...................................................................................................................................
......................................................................................................................................................



Nama Saya : Emir Rayyan bin Muhammad Fatiz
Tarikh Lahir Saya : 1 November 2008
Umur Saya : Dalam 1thn 6 bln, saya dah besar tau....
Nama Mama Saya : Awanis Binti Zaini

Mama saya yang suruh saya amik gambar ni, masa ni g Tesco jenjalan pehtu tgk2 ada orang tangkap gambar. Tapi masa tu baju kite comot je, so kena la sewa baju photographer ni.. Siap ada cap. Kite suke sangat2. Time Kasih Mama...hehehehe..


Thursday, April 29, 2010

Ala...tak berjaya lak

huhu~ Result cutest baby pose contest tu dah keluar dan nampaknye Rayyan tak berjaya merangkul hadiah walaupun saguhati..huhu~. Takpelah Rayyan ek, nanti kita masuk contest lagi ek..
Just a short entry this time. I dont have any idea on what to blog nowadays. Maybe coz workload bertambah sikit these past few days coz my hubby outstation for 2 weeks and i have to take care of my lil Rayyan all by myself. Penat jugak la berkejar-kejar balik kerja hari-hari.
And when my hubby is not around, i dont get to exercise like i used too. I used to walk from the Putra station to Rayyan nursery and will meet hubby over there normally. And when i dont get to exercise regularly it seems like my appetite to eat is increasing. This is so not good, i should have have the will power to overcome this or else all the diet i did for the past 2 months is wasted. Hopefully i can control it, doakan semoga saya berjaya sehingga mendapatkan berat ideal dan maintain yer u olls....

Tuesday, April 13, 2010

BABY SPECIAL POSE CONTEST


Ini kali pertama nak masukkan Rayyan dalam contest ni

Syarat-syarat boleh tengok di sini

Dan ini lah gambar nye
.
..
...
........
...................



Nama Baby : Emir Rayyan Bin Muhammad Fatiz
Umur Baby sekarang : 1 Tahun 5 Bulan
Tarikh Lahir : 01 November 2008
Nama Mama : Awanis Binti Zaini
email : awanisz@yahoo.com


note: Suka sangat gambar ni sbb Rayyan senyum manis aje tu..
Bukan senang nak tgk dia senyum macam ni. Selalu mana blh duduk diam lelama. hehe..

Tuesday, March 30, 2010

AFG Annual Dinner

Hehehe...
Boleh tak dah tergelak-gelak sebelum tulis apa-apa. Post kali ini adalah mengenai Annual Dinner kami di sini pada 27 Mac 2010 ...
yeeehhaaa...
Kali ni dibuat di Sunway Convention Centre. Agak jauh lah dari rumah, tapi kami semua telah membooking bilik di Pyramid Tower Hotel untuk bersiap-siap semua. Senang sikit kan..hehehehe...
Oklah, kita layan gambar yang tak seberapa ni. Memang seronok sekali dengan kawan-kawan yang sekepala. Tapi kalau Mazid ada musti lagi best. Mazid dah tukar kerja, sebab tu lah dia tak join kita tahun ni..huhu~




Dan yang paling best is the artis, ANITA SARAWAK u ollsss...
Ada lagi gambar, nanti i upload lagi..

Monday, March 22, 2010

Nabeel's Birthday

Last Saturday 200th March 2010 was my nephew's 4th Birthday. Her mom organize a Birthday Party at the Prima Saujana McDonald. The guests are only families. Hehehe...
Birthday tu suppose to start at 11am until 1pm hehe.. Tapi disebabkan sangat dekat dengan rumah my parents maka kami terlambat lah sikit kan. Kali ni takde la melampau2 sangat beli hadiah rasanya. Mak Long n Mak Uda share beli kerusi meja, Mak Su belikan baju Ben 10 & Ultraman, Atuk kasi lappy mainan tu and the cousins ada lah kasi hot wheels la, spider man lah tapi si Nabeel ni macam tak brape suka plak sbb kecik2 kot. hehe.
Dan sepanjang dekat McD tu Birthday Boy punya muka adalah monyokkkkkkkk aje.. Rupa-rupanya dia ingatkan dia tak dapat presents. Maybe dia tak perasan kot sbb presents tu di letak di satu sudut. Sbb lepas potong2 kek sume tetiba dia bisik kat Wan dia  macam ni... ' Wan, mana present Nabeel? Tak ada present ker?'
Hik3... lawak la Nabeel ni. Sessi membuka hadiah di buat di rumah Wan tapi Mak Long n family tak join except for Izzo, their 2nd child. Masa buka present ni lah baru Happy Birthday Boy ni tau..
hahaha...
Oklah, layan gambar plak
 Birthday Brownies

Cake Cutting

My eldest sis K.Millie & Me

Upon our arrival. Sempat posing si Rayyan tu

Nabeel & Rayyan

Last but not least my pic when I was 2 yrs old i think with Rayyan below. Sama kan?? Hahaha.
So, kepada siapa yang cakap Rayyan mcm muka papa dia Harap Maaf yer... 
muahkahkahkah

Friday, March 19, 2010

Mama, I Love you

I used to be the most stubborn and ridiculous child while growing up. Now, having a child of my own I know what my mom does is for my own good. She used to be so strict and fierce with me especially. Just wanna say thanks mama for everything. This is the lyric from Spice Girls song - Mama, I love You.

Perghh... macam betol kena lirik ni dengan aku.

She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend 

Wednesday, March 10, 2010

Rayyan Oh Rayyan

Salam semua...
Hari ni dah hari RABU dah. Sekejap aje masa berlalu. Esok dan lusa suamiku out station lah pulak. Tinggal la kami berdua saje di rumah. huhu~
Malam tadi Rayyan jatuh katil lagi. This is the second time(first time adalah semasa umur Rayyan 6 bulan,sekarang Rayyan dah 14 bulan). Kesian anak mama. Tapi nak buat macam mana, Rayyan tido lasak sangat. Dahla tak nak tido dekat katil sendiri. Nak jugak berkepit dengan mama papa kat tengah2 tu. Mama tak kisah tapi risau la awak tu jatuh katil sayang oiii... Kemain lasak tido. Entah ikut sape lah tu kan (hik3, sebenarnya ikut mama la tu tido lasak masa kecik)
Hopefully this is the last time it happened. Nasib baik la katil kat rumah tu tak berapa tinggi dan jatuh kat atas karpet yang agak tebal. Kalau katil kat rumah Wan tu, nanges mama kalau anak mama jatuh. Mama tau lah Rayyan tahan lasak tapi awak tu kecik lagi.
Hopefully bila Rayyan dah besar dan baca blog mama ni, Rayyan akan sayaaaaaaangggg dan menghargai mama n papa yer..

Haaa.... lupa nak cerita. Semalam kan amik Rayyan dari nursery, pehtu Cikgu AKA Pengasuh dia cakaplah bahawasanya Rayyan telah digigit oleh kawan dia sampai lebam tangan anak mama ni. Ermmm, nak buat cane kan. Boys will be boys. Cikgu dia cakap dia nak HIJACK bola yang kawan dia tengah main. Walhal ada  berlambak2 lagi bola kat sekeliling dia. Tapi dia taknak, nak jugak amik bola kawan tu. Apa lagi, maka mengamuk lah kawan dia tu dan menggigit dia(tak sempat cikgu dia nak selamatkan). Sian anak mama. Tapi jangan lah buat perangai macam tu kan, nak rampas2 mainan orang, mmg la orang marah.
Tapi mama tau cikgu kat nursery/sekolah tu bagus jaga anak mama sebab setiap kali ada kejadian tak diingini berlaku spt digigit or jatuh, dorang akan bagitau dekat mama. Sebab tu mama tak risau hantar anak mama kat sana.Nanti dah besar Rayyan kena ingat juga jasa cikgu2 Rayyan tau sebab mama perhatikan Rayyan semakin cepat pandai sejak mama hantar Rayyan kat nursery/sekolah ni.
Sekian, itu saja untuk pagi ni. Owh, act ada gambar lebam tangan Rayyan kena gigit, nanti la upload ek..

Friday, March 5, 2010

Huhu~..Mengapakah?

Salam semua.....
Sebenarnya nak mengadu kat semua bahawa mataku ini macam nak tumbuh ketumbit. Sangatlah tak selesa. Tapi ku kuatkan semangat pergi bekerja jua hari ni. huhu~
Ok, Tukar topik pulak
Semalam LRT delay, lambat sampai rumah tau..tak suka. Oh, lupa nak cakap bermula minggu lepas I dah naik LRT balik untuk pergi balik kerja. Dulu stop sbb LRT adalah sangat ramai orang sampai nak masuk pun tak boleh. Tapi sekarang dah getting much better sebab kadang2 ada 4 Koc instead of 2 Koc. Jadi, ramailah orang boleh masuk kan.
Oklah. Takat ini saje untuk pagi ini u olls..

Thursday, February 18, 2010

Geramnya

hoho...
setelah lama tidak mengupdate blog..
just nak menyatakan ketidak puas hati ku kepada bekas maid aku..(sbb aku dh suh dia berambus smalam)
eee...
geramlah..
mlm td aku suh dia keluar dr umah aku..
menyampah btol aku kat minah tu...
dhla buat keje tah apa2 aje kat umah tu..anak aku still anta nursery sbb aku tak percaya dia blh jaga anak aku lagi.
hanta balik umah mak aku kat Kajang suh blaja jaga anak tp dia menangis lah, sakit kepala lah, sakit perut lah..last2 mak aku suh dia g tdo sbb mak aku pun menyampah tgk dia.
isshhh....mmg aku tak percaya sume tu sbb sume tu adalah lakonan sbb bila kat umah aku sihat walafiat aje.
mmg aku geram gler.
dh sebulan keje tp anak aku still tanak kat dia...so mesti lah ada something wrong kan?
dhla mkn byk budak tu..makanan aku kat umah tu asyik habissssssssss je manjang.memula aku tak kisah lah sbb igt dia bt keje elok lah..
ari tu aku MC kan, skali aku cek la umah aku..masyaAllah, punyalah berhabuk sakan, nampak sgt dia tak bersihkan umah aku yg sekangkang kera tu betul2.
Dahla asyik nk mintak cuti aje weekend.Memang dasar tak sedar di untung.huh.
Ha, lagi satu kuat menipu. Apa dia ingat aku ni bodoh ker...
Dengan perangai dia yang macam tu aku rasa sampai bila2 takkan dapat kerja tetap.
Sebab sebelum ni dia ada kerja kat Rawang for 2 months dan aku ingatkan dia jaga budak 2 months tu. Tapi it turns out dia just jaga budak for 5 days dan yang selebih tu org tu train dia cane nak bersihkan rumah sume. Tapi still no improvement yang tang membersihkan rumah tu sbb aku kena cek rumah aku still tak bersih sgt.
Nampak sangat dia kerja tak ikhlas. Apa dia ingat senang kot nak kerja kat negara orang ni kan.
Dari gaya dia aku tau dia memang kerja tak ikhlas dan nak senang aje.
Sebab pagi2 masa aku dan hubby nak pergi kerja dia pun buat2 sibuk lah duk sapu lantai ngn mop sume bagai walhal blh je buat lepas kami pergi kan unless la aku tinggalkan anak dgn dia.
Tapi tak, konon nak tunjuk rajin lah..
ermm...hampeh..
pastu pagi duk makan nasi lah, maggie lah.
Tghhari agaknye tdo takpun tgk tv sbb masa aku balik kerja buka TV tetiba muncul Astro Aruna yang aku dan husband tak pernah2 tengok. Apa lagi, aku sound la dia. Lepas tu aku tak tau lah dia buat lagi ke tak.
Tapi lantak lah, aku dh suruh dia berambus dari rumah aku semalam. Dahla tak reti berterima kasih langsung selama ni. Aku memang geram. Pantang betol aku dgn org2 yang macam ni.
Sekian...bacalah luahan hati ku ini.