Thursday, December 23, 2010

Rayyan 2nd Birthday..

Alooooo....

W'pun Birthday Rayyan yang ke-2 sudah lama berlalu iaitu pada 1st Nov yang lepas tapi mama dia ni baru lah terhegeh2 nak buat entry..
Sebenarnya kali ni buat kat Nursery dia sahaja kerana Birthday Rayyan jatuh pada hari Isnin dan papa dia pun tak ada masa ni sebab berkursus di Johor.
Mama dia ni pun hebohla tempah kek dekat Delicious Cuppies kan. Siap suruh buat hiasan corak Superman.. hahahaha. Mama dia yang heboh walhal Rayyan ni tak kisah pun.

Hari tu mama dia amk cuti separuh hari sebab nak menghantar kek dengan sedikit kuih muih ke nursery dan nak menyibuk amik gambar kan.
Dalam pukul 10.30pagi baru hantar kek dan kuih muih tu dekat nursery. Sampai2 je cikgu dia cakap Rayyan dah tak tentu arah dah. hehehe...

Mari kita layankan gambar2 ini yer...
Rayyan sangat lah Happy masa ni sebab semua org nyanyi Happy Birthday dekat dia kan.
Dah besar dah anak Mama, tak lama lagi nak dapat adik dah.. :)





No comments: