Thursday, December 23, 2010

@36 Weeks ....

Salam Semua...

Semalam pergi checkup, pagi pergi dekat Klinik Kesihatan je sebab plan kali ni nak bersalin dekat HAT Tungku Mizan. Sebab takut kena C-Sect lagi wooo mcm anak 1st dulu. Botak kejap dulu sbb beranak dekat swasta. Tapi itu semua tak dijangka dan Alhamdulillah semua selamat walaupun Emergency C-Sect masa tu. So, masa cek dekat KK tu nurse tu cek2 la perot I yang memboyot ni kan, katanye kepala baby ada kat bawah. Lega la terasa di hati.
Akan tetapi sebab perasaan tak puas hati sebab tak di scan maka petang tu pun pergilah ke Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. Jumpa gynae terus, blh scan dan tgk kedudukan baby semua in detail.
Tapi alamak..... adalah terkejut sbb scan je tgk2 kepala baby kat atas. Huwaaa, terus emosi tak stabil. Doktor cakap kite tengok nanti bila 38 minggu macam mana ek. Kalau kepala baby sudah pusing Alhamdulillah laaa. Tapi kalau by 38 Minggu adalah tetap songsang maka.. huhu~, korang tau lah kan. Confirm tak boleh normal.Teringin sangat nak beranak normal kali ni.. Korang doa2 kan la saya yerkkk... :)

Saya blogwalking dan terbaca la pasal amalan baca doa selusuh. Memang kena amalkan ke? Saya ni kurang lah pengetahuan berkenaan hal2 sebegitu. Sila kasi info yerrr...

5 comments:

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Sama laa pulak..
Tapi baby dalam perut ni akan dikeluarkan pada mgu ke-36..

NADIYA said...

Insya'allah Nadiya doakan Awan dapat bersalin normal. Dulu masa mengandung Beeha, Nadiya ada pergi darul Syifa and amik air selusoh dari Dato' Harun Din. You can go as well...nanti Nadiya story lagi. Yg macam Nadiya citer kat Awan tadi...do the "All fours" sambil2 tgk TV buat lah dalam 2-3 minutes...rest kejap...and repeat again. Insya'allah if Awan dah determine to have a normal delivery...your body will adapt to it :-)

Unknown said...

Relax sikit, don't worry too much. InsyaAllah semua akan okay. Nanti awak nye emosi tak stabil lagi la..ha haa..

Awanis Binti Zaini said...

Kak Zel: aah, samalah plak. Memula baca blog akak sebab nk kurus. Skali terbaca akak pregnant. Lepas tu saya plak terpregnant.:) Bestnya dah tau bile baby akan dikeluarkan. Saya tak tau g.
Nadiya: TQVM for the thoughts.. Will do the "all fours" as frequent as possible.
K.Millie: Emo tak stabil terus demam weekend ari tu. huhu~

Nanee Hamid said...

awan..kalau org2 lama..biasanye time dkt2 nak bersalin tu mmg diorang bacakn ayat2 selusuh kat air. pastu bg minum. skrg, org mintak tolong org2 alim yg bacakan. if tak dpt, x ape..buat sendiri. doa bahasa melayu pun ok.;)

time dah sakit nak bersalin tu.. kdg2 doa yg pnjg abis sume terlupe. tp ayat yg ni (Al-Anbiya: 87) baik amalkan
"la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimin." semak balik kat Quran eh ;)