Thursday, February 10, 2011

Sambungan Flashback

24th Jan 2011
Lepas balik makan dari Pelita tu pergi amik Rayyan dekat nursery lepas tu balik lah rumah. Tak ingat buat apa balik rumah tapi yang ingat sakit sudah makin kerap. Malam pukul 10 baru lapar then makan roti jela. Pukul 12 dah tak tertahan sgt dah sakit sampai menonggeng2 dah so ajak la Hubby pergi Hospital dan kali ni kami pergi HAT Tuanku Mizan. Nasib baik Rayyan dah tido so dia tinggal dekat umah dgn adik ipar. Sampai2 dekat emergency tu terus ckp sakit dah. Lepas tu memula dorang nak cek dekat bawah tu tapi tetiba suh naik wad trus lah pulak. Kena tolak atas wheelchair. Masa on da way tu tetiba dgr mcm bunyi 'pop' tapi sayup2 je. Dah sampai atas nak bangun dari wheelchair dah rasa lain macam dah. Rupa-rupanya air ketuban dah pecah, patutla mcm ada dgr bunyi 'pop' tadi. Cek2 dah bukak 2cm....ha, kan mmg nak beranak dah.Doc kat Ampang tu mangkuk, taula wad penuh tp ckp elok2 tak  blh ke. Aku ni bkn bangang sgt, ada degree lagi tau walaupun degree in IT.
Dah terus kena tolak masuk labor room. Masa ni sakit dah sesgt...pehtu dahla kena baring je sbb dorang pasang CTG kat perot ni. Huwaaa, rasa nak patah pinggang. Contraction ku sgt lah kuat sampai nak dekat 100%. Kembar darah lah di katakan. Dahla  masa memula kena tahan dorang tak kasi aku ubat untuk membersihkan kolon aku yang penuh ni. Masa dah bukak 4cm aku mintak baru nurse kasi sbb dia raba2 mmg penuh kolon aku kan. Maka kat dlm labor room la aku termuntah terberak semua. Masa ni malu semua dah hilang dah. Dahla takde painkiller langsung, takat gas yang dia suruh sedut je. Sebab gas tu lah aku merapu meraban dari kul 1pg sampai nak dekat kul 5 pagi tau.
Lepas dah melepas tu baru aku rasa contraction kurang sikit dan jalan dari 6cm terus bukak 9cm. Masa ni nurse dah suruh aku start push dah. Tapi dia suh mengiring lu sbb katanye takdelah lenguh sbb tak nampak lagi kepala baby masa ni. 2 kali aku push tetiba aku rasa mcm baby dah nak terkeluar dah. Kelam kabut nurse suruh aku terlentang. Masa ni dorang dah nampak kot kepala baby. Sekali aku teran dah keluar kepala kot. Sekali lagi teran bahu kot, sekali masa ni tak ckp nafas daaaa... Tarik nafas panjang pastu teran maka keluarlah baby ku. Alhamdulillah, syukur sgt2. Merasa gak aku beranak normal walaupun sakitnye mak aihh... tak tercakap. Maka pada 5.08 pagi keluarlah anak kami yang kedua yang diberi nama Emir Razzan.
Ha, masa ni hubby takde pun kat sisi. Sedih sungguh rasa di hati. Sebabnya dia balik rumah pergi ambik Rayyan yang dah melalak tak hengat dunia. Takpelah, asalkan semua selamat kan. Tapi aku memang bengang btol ngn doc kat Hospital Ampang tu. huh

Gambar nanti la upload sbb tetiba lembs plaks...

Terima Kasih kepada semua sahabat handai kerana mendoakan kami...



3 comments:

~*Dandelicious Princess*~ said...

betulla awan. gas tu memang wat kita jadi weng. p.. hari ke sepuluh baru ilang efek gas tu sebab sedut banyak ngat.

congrate for having the cute boy & selamat bersalin normal. syabbas bete. kikikik. Alhamdulillah

Awanis Binti Zaini said...

weng kan P....konon2 sedut gas nak kasi ilang sakit.tp xilang gaks...lagi merepek meraban ada

Zarina Amal said...

tapi kan dia antara kelebihan beranak normal....kita puas...walaupun, sakit, letih dan mcm2 lg....awan boleh!!!