Sunday, February 13, 2011

Hari ke 19

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari yang ke-19 dah.. Hajat di hati nak berpantang sendiri tak kesampaian sebab laki ku tersayang nak kena g outstation. Dengan si Rayyan yang tak reti duk diam dan Razzan yang siang2 asyik nak berkepit je cane tu? Nanti makan tak tentu Razzan sakit perot sape yang seksa kan?? Mama dia jugak. Oleh itu kami telah mengambil keputusan sebulat suara untuk kembali ke pangkal jalan....hahahha, iaitu balik Kajang la umah Bonda terchenta. Sekurang kurang nye terjaga makan minum. Kali ni alhamdulillah Razzan tak byk ragam sgt mcm abg dia kecuali bila nyusu tu mak aihhhh kemain lama. Sebab lepas tu pun dia tidur lama. Ini dia tgh tdo sgt lama...Kejut suh minum susu pun kejap je dia minum. Siap la malam-malam buta karang mesti nak berkepit aje. Takpelah, jgn ko melalak tak hengat sudah ye nakkk..
BTW.. baru start buat stock susu 4 hari lepas. Agak2 sempat tak nak buat stock susu byk2? Niat di hati ni nak fully BF sampai Razzan umur 1 thn at least, kalau lagi lama lagi bagus kan.. I loike... :)
Kena buat stock susu byk2 sbb nanti Razzan 2 bulan nak kena anta nursery dah... Sila lah doakan susu saya byk yer... Sebab dulu bila Rayyan start minum FM sbb BM dah tak ckp kan, salu nau lah sakit. Tak sanggup mama tgk anak2 mama sakit dah.

3 comments:

Suryana said...

kejap aje dh 19days ye..
good luck awan.. semoga berjaya fully BF anak yer..

~*Dandelicious Princess*~ said...

semuga berjaya!

p x sempat pun nak kumpul BM sebab tak gigih + Aqeel kerap minum.

ZARINA ZAYANA said...

x pa awan...berpantang rumah mak lagi bagus...yang penting awan dan baby sihat. Take care dan salam peluk cium buat baby razzan yang bulat....