Thursday, December 30, 2010

Yeay, Esok Cuti

Alhamdulillah esok adalah cuti umum kerana Malaysia menang Piala Suzuki, yezze, I like. Tapi En.Hubby tu tetap kena kerja, huhu~. Kena pergi Taiping pulak tu menguruskan tournament golf. Takpelah, sekurang-kurangnya boleh la Mak Buyung ni pulang ke kampung halaman … hehe~ dokat je kat Kajang.


Dahle baru tau esok cuti pagi ni sebab malam tadi balik Kajang tengok bola, pehtu terus balik KL balik dan tak tengok berita. Sekali dapat sms pagi ni dari officemate cakap suh confirm betol ke esok cuti. Mesti dia ni pun tak tengok berita malam tadi kan.

Pagi tadi hantar Rayyan ke nursery Tanya Cikgu dia sebab semestinya cikgu dia tau kan kalau cuti. Sah, confirm esok cuti. Lalalalalala…..

Tahniah kepada pasukan bola Malaysia sebab Berjaya menang …hehehe.. :)

Wednesday, December 29, 2010

Makan Sedap Lagi

Salam u olls….


Oleh kerana tak lama lagi nak bersalin dah kan, InsyaAllah… Maka sejak akhir-akhir ini selalu sangatlah teringin nak makan sedap kan. Malam tadi telah la pergi ke La Bodega di Pavillion. :)


Pergi dengan my officemate Nadiya, Helmi, Zarina dan juga membawa En. Hubby dan si anak bujang nan sorang ku itu. Thanks u olls sebab melayan tekak Mak Buyung ni walaupun u olls tengah berdiet. For your info, my officemate tu semua sedang berdiet on Herbalife. Tapi kerana melayan kan diriku ini maka ke laut kejap diet mereka malam tadi.


Tapi menu kat situ mak aihhh… terbelit lidah nak menyebut. Nasib baik ada Nadiya yang sudah biasa hangout kat ctu. Kalau tak memang la tak tau nak makan apa. I ordered lamb rib kot…and En.Hubby ordered Burger while Rayyan ate the pasta(Auntie Nadiya belanja, thanx). Actually I didn’t order the pasta for Rayyan. Konon2 nak kasi dia share my food jer sbb normally dia makan ckit je malam2. Tapi sebab kami dah Tanya macam-macam pasal pasta tu and the waitress assume we ordered it, so it was sent to our table. Memula ingatkan pasta tu Helmi punya, dan Helmi dah makan pun sikit. Tetiba ada lagi satu pasta dihantar. Confuse sudah. Then the waitress tu datang dan kami Tanya lah ni pasta apa and it turns out yang pasta sudah dimakan tu for Rayyan. Patutlah masa Helmi makan pasta tu Rayyan duk jeling je Helmi. Lepas tu suruh dia makan pasta tu muka semacam je. Lama sikit baru dia makan. Banyak pulak dia makan. Terkejut mama dia ni ha sebab selalunya susah betul nak suruh makan malam. Tengoklah gambar ni, berselera betul dia makan. :)


Nyum3... Sedapnye
I letak gambar food that En.Hubby dan I order sahaja.Yang lain-lain u olls boleh tengok dekat blog Helmi ok. :)

 Ini pulak gambar dalam kereta on da way to Pavillion. Kembang semangkuk dah Mak Buyung ni ha. Bila la nak bersalin ni agak2? huhu~
Tengokla muka Rayyan tu. Suka nau buat muka bila ambik gambar.


Tuesday, December 28, 2010

SEMBAB

Huwaaaaaa......
Muka sudah sembab, badan pun sudah water retention.. Kembang semacam aje...huhu~..
Orang kata dah tak lama dah kan?? Adakah benar??

Makan Sodap

Semalam adalah sangat teringin nak makan sodap. Oleh itu masa balik dari kerja cakap lah kat En. Hubby nk makan sodap…seperti Secret Recipe dan seangkatan. Maka ke WangsaWalk Mall lah kami bertiga +1..hehehe. Dah sampai2 macam teringin nak makan Nandos lah pulak tapi tak ada Nandos dekat Wangsa Walk. Tengok-tengok apa yang menarik last-last ke Popeye. Amik la yang Christmas punya value meal . Adalah 2 ketul ayam, 2 ketul fish fillet dan 8 ketul udang cute2 dan juga 2 ketul biskut bersama jem dia. Sedap jugak biskut dia. En. Hubby siap nak tambah biskut tu tapi saya adalah cakap.. ‘ Tak Payah laaaa, jap lagi kita makan brownies with ice cream kat Secret Recipe’. Hahahaha….Nak jugak makan kan.


Lepas tu kami pun menuju lah ke Secret Recipe, hahahahaha. Saya mmg order Brownies with Ice Cream manakalah En. Hubby order 1 slice kek Pecan with Butterscotch dan air Cappucino. Hambik ko, last2 dia makan sampai kenyang sangat. Sebbaik Mak Buyung ni minum air masak je, takde la kenyang nau..hahahaha..

Rayyan pun dah start meragam,huhu…. Terpaksalah En.Hubby g pujuk dia kejap dengan membeli lollipop . Sekarang ni Rayyan sume nak Papa dia je buat. Dia memahami kot mama dia ni dah tak larat dah…hahahaha. Yela, Sekarang ni dah 9bulan tau…huhu~ . Kejap je masa berlalu, tak lama dah nak bersalin kan. Takut gak rasa di hati kerna anak 1st dulu emergency operate.

Oklah..Kita Layan kan gambar2 ini yer. :)






Monday, December 27, 2010

Long Weekends....

Morning u ollss....

Today is Monday already...How I wish it would be a longgg holiday....huhu~
So not in da mood to work nowadays. Is it because of my pregnancy? Well, you can say most probably it is.hahaha...
Took an Annual Leave last Friday because it is suppose to be a 'Family day' at Rayyan's Nursery but they postponed it. So, just continue with the leave la kan.. hehehe :)
Hubby and I went to KLCC to eat CHILIS...hahahaha(Rayyan anta nursery gaks...hik3)...before my confinement time better Makan puas puas walaupun berat badan ku ini mencanak2 naik kan. But what to do, even i took simple meal also i still gain lots of weights especially during this final trimester.
Today u arrived early in da office...around 7.50am...hahaha, finally i managed to come early. This is also just because my hubby working hour starts at 8am, so he has to send me early to the LRT station. And yup, i still took the LRT...gagah tau Mak Buyung ni..hahahaha
Ha..so we bought some cloths for this coming baby(I hope it will be very soon) at MotherCare. Quite cheap la than the usual price, ada sale 30%. Kalau usual price tu nak beli kena fikir 10 kali. Itu anak 1st, anak 2nd maybe kena fikir 20kali kot...:)
The 'Family Day' at Rayyan's nursery is postponed to 29th Jan 2011. So sad coz most probably I cannot attend it. Mesti masa tu dah dalam confinement kan. :(
Kali ni berazam nak pantang betul2, nak kuruskan badan yang bagai di pam2 ini.
Wish me luck u olls.

Thursday, December 23, 2010

@36 Weeks ....

Salam Semua...

Semalam pergi checkup, pagi pergi dekat Klinik Kesihatan je sebab plan kali ni nak bersalin dekat HAT Tungku Mizan. Sebab takut kena C-Sect lagi wooo mcm anak 1st dulu. Botak kejap dulu sbb beranak dekat swasta. Tapi itu semua tak dijangka dan Alhamdulillah semua selamat walaupun Emergency C-Sect masa tu. So, masa cek dekat KK tu nurse tu cek2 la perot I yang memboyot ni kan, katanye kepala baby ada kat bawah. Lega la terasa di hati.
Akan tetapi sebab perasaan tak puas hati sebab tak di scan maka petang tu pun pergilah ke Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. Jumpa gynae terus, blh scan dan tgk kedudukan baby semua in detail.
Tapi alamak..... adalah terkejut sbb scan je tgk2 kepala baby kat atas. Huwaaa, terus emosi tak stabil. Doktor cakap kite tengok nanti bila 38 minggu macam mana ek. Kalau kepala baby sudah pusing Alhamdulillah laaa. Tapi kalau by 38 Minggu adalah tetap songsang maka.. huhu~, korang tau lah kan. Confirm tak boleh normal.Teringin sangat nak beranak normal kali ni.. Korang doa2 kan la saya yerkkk... :)

Saya blogwalking dan terbaca la pasal amalan baca doa selusuh. Memang kena amalkan ke? Saya ni kurang lah pengetahuan berkenaan hal2 sebegitu. Sila kasi info yerrr...

Rayyan 2nd Birthday..

Alooooo....

W'pun Birthday Rayyan yang ke-2 sudah lama berlalu iaitu pada 1st Nov yang lepas tapi mama dia ni baru lah terhegeh2 nak buat entry..
Sebenarnya kali ni buat kat Nursery dia sahaja kerana Birthday Rayyan jatuh pada hari Isnin dan papa dia pun tak ada masa ni sebab berkursus di Johor.
Mama dia ni pun hebohla tempah kek dekat Delicious Cuppies kan. Siap suruh buat hiasan corak Superman.. hahahaha. Mama dia yang heboh walhal Rayyan ni tak kisah pun.

Hari tu mama dia amk cuti separuh hari sebab nak menghantar kek dengan sedikit kuih muih ke nursery dan nak menyibuk amik gambar kan.
Dalam pukul 10.30pagi baru hantar kek dan kuih muih tu dekat nursery. Sampai2 je cikgu dia cakap Rayyan dah tak tentu arah dah. hehehe...

Mari kita layankan gambar2 ini yer...
Rayyan sangat lah Happy masa ni sebab semua org nyanyi Happy Birthday dekat dia kan.
Dah besar dah anak Mama, tak lama lagi nak dapat adik dah.. :)





Wednesday, December 22, 2010

Setelah Sekian Lama Menyepi

Yuhuuu.... Salam u ollsss..

Akhirnya masa untuk membersihkan sawang di blog ku ini. hahaha...
Sangatlah lama tak update blog. Tak tau kenapa tak ada mood sangat nak berblog. Mungkin kerana sibuk jaga anak nan sorang ketika suami pergi berkursus dan juga kerana kemabukan melanda waktu itu. Sekarang alhamdulillah hanya menunggu masa sahaja. Tapi berat yang naik, MasyaAllah tak terkata..hik3..
Kepada kawan-kawan yang mengenali diriku ini, doakan saya dapat bersalin secara normal yer.Mintak maaf la atas salah silap. Kalau ada terhutang ke, halalkan la ek..
hik3..
Ok, nanti i update lagi blog ni yer. :)