Wednesday, March 10, 2010

Rayyan Oh Rayyan

Salam semua...
Hari ni dah hari RABU dah. Sekejap aje masa berlalu. Esok dan lusa suamiku out station lah pulak. Tinggal la kami berdua saje di rumah. huhu~
Malam tadi Rayyan jatuh katil lagi. This is the second time(first time adalah semasa umur Rayyan 6 bulan,sekarang Rayyan dah 14 bulan). Kesian anak mama. Tapi nak buat macam mana, Rayyan tido lasak sangat. Dahla tak nak tido dekat katil sendiri. Nak jugak berkepit dengan mama papa kat tengah2 tu. Mama tak kisah tapi risau la awak tu jatuh katil sayang oiii... Kemain lasak tido. Entah ikut sape lah tu kan (hik3, sebenarnya ikut mama la tu tido lasak masa kecik)
Hopefully this is the last time it happened. Nasib baik la katil kat rumah tu tak berapa tinggi dan jatuh kat atas karpet yang agak tebal. Kalau katil kat rumah Wan tu, nanges mama kalau anak mama jatuh. Mama tau lah Rayyan tahan lasak tapi awak tu kecik lagi.
Hopefully bila Rayyan dah besar dan baca blog mama ni, Rayyan akan sayaaaaaaangggg dan menghargai mama n papa yer..

Haaa.... lupa nak cerita. Semalam kan amik Rayyan dari nursery, pehtu Cikgu AKA Pengasuh dia cakaplah bahawasanya Rayyan telah digigit oleh kawan dia sampai lebam tangan anak mama ni. Ermmm, nak buat cane kan. Boys will be boys. Cikgu dia cakap dia nak HIJACK bola yang kawan dia tengah main. Walhal ada  berlambak2 lagi bola kat sekeliling dia. Tapi dia taknak, nak jugak amik bola kawan tu. Apa lagi, maka mengamuk lah kawan dia tu dan menggigit dia(tak sempat cikgu dia nak selamatkan). Sian anak mama. Tapi jangan lah buat perangai macam tu kan, nak rampas2 mainan orang, mmg la orang marah.
Tapi mama tau cikgu kat nursery/sekolah tu bagus jaga anak mama sebab setiap kali ada kejadian tak diingini berlaku spt digigit or jatuh, dorang akan bagitau dekat mama. Sebab tu mama tak risau hantar anak mama kat sana.Nanti dah besar Rayyan kena ingat juga jasa cikgu2 Rayyan tau sebab mama perhatikan Rayyan semakin cepat pandai sejak mama hantar Rayyan kat nursery/sekolah ni.
Sekian, itu saja untuk pagi ni. Owh, act ada gambar lebam tangan Rayyan kena gigit, nanti la upload ek..

2 comments:

Nanee Hamid said...

awan..aku dh lame tak jumpe katil, sejak2 ade anak2 nih. hahaha..start dr yg 1st tu pandai merangkak, kitorang bukak dh katil tdo kat tilam ajer..la nih, lagi la..siap smbung tilam lak. tak muat=D ko belikan la penghadang katil yg bole bukak2 tu..(kalau die tdo katil sndiri). budak2 ni bukan bule jatuh2 ni.ngeri aku dgr.

Awanis Binti Zaini said...

aku lagi ngeri nanee oiii..
anak aku tu mana nk tdo katil sendiri..
nk kena bau ketiak masham mama papa dia gak baru lena tdo.
laki aku la malas angkat tilam hehari sbb ko tau la tilam kerajaan kan berat.
tak tau la smpi bila dia nk tdo kat tgh2 ni..
tp sebbaik katil tak brape tgi tau...