Showing posts with label Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Rayyan. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Rayyan 2nd Birthday..

Alooooo....

W'pun Birthday Rayyan yang ke-2 sudah lama berlalu iaitu pada 1st Nov yang lepas tapi mama dia ni baru lah terhegeh2 nak buat entry..
Sebenarnya kali ni buat kat Nursery dia sahaja kerana Birthday Rayyan jatuh pada hari Isnin dan papa dia pun tak ada masa ni sebab berkursus di Johor.
Mama dia ni pun hebohla tempah kek dekat Delicious Cuppies kan. Siap suruh buat hiasan corak Superman.. hahahaha. Mama dia yang heboh walhal Rayyan ni tak kisah pun.

Hari tu mama dia amk cuti separuh hari sebab nak menghantar kek dengan sedikit kuih muih ke nursery dan nak menyibuk amik gambar kan.
Dalam pukul 10.30pagi baru hantar kek dan kuih muih tu dekat nursery. Sampai2 je cikgu dia cakap Rayyan dah tak tentu arah dah. hehehe...

Mari kita layankan gambar2 ini yer...
Rayyan sangat lah Happy masa ni sebab semua org nyanyi Happy Birthday dekat dia kan.
Dah besar dah anak Mama, tak lama lagi nak dapat adik dah.. :)





Thursday, May 20, 2010

~~ mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest ~~


Salam Semua, Hari ini kite cuba masuk Contest ni pulak yer Rayyan... Tak Menang takpe, cuba je...
hehehehe
by mamaeja.blogspot.com

Suka blog mamaeja ni sbb  mcm2 info ada...:)




Dan inilah gambar yang di perteruhkan
..
.....
...........
....................
...............................
........................................
.................................................
......................................................................
............................................................................................................
...................................................................................................................................
......................................................................................................................................................



Nama Saya : Emir Rayyan bin Muhammad Fatiz
Tarikh Lahir Saya : 1 November 2008
Umur Saya : Dalam 1thn 6 bln, saya dah besar tau....
Nama Mama Saya : Awanis Binti Zaini

Mama saya yang suruh saya amik gambar ni, masa ni g Tesco jenjalan pehtu tgk2 ada orang tangkap gambar. Tapi masa tu baju kite comot je, so kena la sewa baju photographer ni.. Siap ada cap. Kite suke sangat2. Time Kasih Mama...hehehehe..


Tuesday, April 13, 2010

BABY SPECIAL POSE CONTEST


Ini kali pertama nak masukkan Rayyan dalam contest ni

Syarat-syarat boleh tengok di sini

Dan ini lah gambar nye
.
..
...
........
...................



Nama Baby : Emir Rayyan Bin Muhammad Fatiz
Umur Baby sekarang : 1 Tahun 5 Bulan
Tarikh Lahir : 01 November 2008
Nama Mama : Awanis Binti Zaini
email : awanisz@yahoo.com


note: Suka sangat gambar ni sbb Rayyan senyum manis aje tu..
Bukan senang nak tgk dia senyum macam ni. Selalu mana blh duduk diam lelama. hehe..

Wednesday, March 10, 2010

Rayyan Oh Rayyan

Salam semua...
Hari ni dah hari RABU dah. Sekejap aje masa berlalu. Esok dan lusa suamiku out station lah pulak. Tinggal la kami berdua saje di rumah. huhu~
Malam tadi Rayyan jatuh katil lagi. This is the second time(first time adalah semasa umur Rayyan 6 bulan,sekarang Rayyan dah 14 bulan). Kesian anak mama. Tapi nak buat macam mana, Rayyan tido lasak sangat. Dahla tak nak tido dekat katil sendiri. Nak jugak berkepit dengan mama papa kat tengah2 tu. Mama tak kisah tapi risau la awak tu jatuh katil sayang oiii... Kemain lasak tido. Entah ikut sape lah tu kan (hik3, sebenarnya ikut mama la tu tido lasak masa kecik)
Hopefully this is the last time it happened. Nasib baik la katil kat rumah tu tak berapa tinggi dan jatuh kat atas karpet yang agak tebal. Kalau katil kat rumah Wan tu, nanges mama kalau anak mama jatuh. Mama tau lah Rayyan tahan lasak tapi awak tu kecik lagi.
Hopefully bila Rayyan dah besar dan baca blog mama ni, Rayyan akan sayaaaaaaangggg dan menghargai mama n papa yer..

Haaa.... lupa nak cerita. Semalam kan amik Rayyan dari nursery, pehtu Cikgu AKA Pengasuh dia cakaplah bahawasanya Rayyan telah digigit oleh kawan dia sampai lebam tangan anak mama ni. Ermmm, nak buat cane kan. Boys will be boys. Cikgu dia cakap dia nak HIJACK bola yang kawan dia tengah main. Walhal ada  berlambak2 lagi bola kat sekeliling dia. Tapi dia taknak, nak jugak amik bola kawan tu. Apa lagi, maka mengamuk lah kawan dia tu dan menggigit dia(tak sempat cikgu dia nak selamatkan). Sian anak mama. Tapi jangan lah buat perangai macam tu kan, nak rampas2 mainan orang, mmg la orang marah.
Tapi mama tau cikgu kat nursery/sekolah tu bagus jaga anak mama sebab setiap kali ada kejadian tak diingini berlaku spt digigit or jatuh, dorang akan bagitau dekat mama. Sebab tu mama tak risau hantar anak mama kat sana.Nanti dah besar Rayyan kena ingat juga jasa cikgu2 Rayyan tau sebab mama perhatikan Rayyan semakin cepat pandai sejak mama hantar Rayyan kat nursery/sekolah ni.
Sekian, itu saja untuk pagi ni. Owh, act ada gambar lebam tangan Rayyan kena gigit, nanti la upload ek..

Thursday, December 24, 2009

Emir Rayyan 1st Birtday Party


Alhamdulillah anak mama dah 1 tahun dah pada 1 November 2009 hari itu.
Sempena Birthday Rayyan, mama&papa telah buat Birthday Party untuk Rayyan.
Ramai jugak jemputan yang hadir.
Terima Kasih Semua.
Here are some of the pictures.






















Wednesday, December 24, 2008

Rayyan almost 2 months


Ni Rayyan nk g jejalan tp ngantuk lah pulaks.

Tembam dah anak mama


Tuesday, December 23, 2008

My Precious Little One


Hi everyone..
This is my first post...duk tgk orang semua ada blog aku pun sibuk lah nak buat blog jugak...
Inilah buah hati intan payung pengarang jantung ku...Emir Rayyan...

My first baby...Pengalaman mengandungkan die tak ada complication langsung....except i gain lots of weight.....Gemok sesgt...tp anakku kecil saje...
Tp masa 37weeks ++ pregnant, one day rasa baby dh kurang2 gerak...esoknye sajelah g checkup kat doktor plus malas nk g keje sebenarnye...this is around 1pm.
sekali buat CTG..heart beat baby tak menentu..terus kena tahan wad then kena masuk oksigen kat hidung ni and baring mengiring....
My husband time ni pergi meeting kat Sg.Besi, pergi jumpa doktor sorang2 ni...
Then....by evening around 5pm++ doktor dtg cek ckp nk induce....doktor masuk lah ubat.
Time ni dh start sakit dah tp sikit2 aje dan jarang2....sampai lah ke malam..kena buat CTG lagi..masuk ubt lagi sbb pintu tak bukak2....
Malam tu sakitnye dah makin kerap..memang takleh tidur nyenyak lah...huhu~...
Pagi tu around 5am++ buat CTG lagi, tgh2 CTG tu tetiba bunyi 'pop'. Rupa-rupanye air ketuban ku pecah. Dah la time ni nurse dh masuk itu ubat untuk ke toilet...Menceceh2 aku ke toilet tak tertahan wooo.....

Time ni heart beat baby ok lagi, then nurse cek jalan tak bukak2 pun lagi..
Dah pukul 8am pun pintu tak bukak lagi. Time ni contraction every 2, 3 minutes..nak nanges dh aku menahan sakit...
Last2 mintak epidural..lega naaaa.... Then buat CTG heart beat baby dah tak stabil...hukhuk...
Suspen dah aku time ni...Doktor kate mmg kena operate nak selamatkan baby...
Maka operate lah aku....Nasib baik semua selamat lepas tu... Dalam pukul 10.30 am selamat melahirkan anak ku yang seberat 2.35kg ini pada 1 November 2008...